Tentang Kami

Kazema Catering & Services Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 4 hb Mei 1997 dan dahulunya dikenali sebagai Kazema Production Supply Sdn Bhd. Ianya merupakan syarikat milik bumiputera sepenuhnya.

 

Oleh kerana sekarang ini industri katering merupakan satu industri yang pesat membangun dan memerlukan daya saing yang jitu, maka Kazema Catering & Services Sdn Bhd berusaha dan bekerja keras untuk bersaing dengan syarikat-syarikat katering yang lain.

 

Kami juga ada menyediakan perkhidmatan untuk majlis-majlis perkahwinan, jamuan hari raya, jamuan-jamuan di pejabat, jamuan-jamuan untuk seminar, kursus, kejohanan sukan dan apa-apa saja majlis atau acara yang formal atau tidak formal.